Ketika entry ini
ditulis,peristiwa tu dh hampir 2 minggu berlalu dan sy masih lagi dlm proses
utk menerima kenyataan dan move on.walaupun hati dh cakap redha,tapi bila
terfikir still lagi rasa sakit tu.rasa mcm x percaya pun ada benda ni blh jadi kat sy.sakitnya tuh di sini
oh di dlm hatiku.sblm ni hanya tgk drama,baca novel dan dgr citer org lain
jer.Backstabber...x pernah trlintas yg diri ni akan mnjadi mangsa apatah lagi
dr kwn baik yg dh kwn hampir 10 thn since form 4.
Sumenya mcm mimpi…dan
sy sgt brharap yg ia benar2 mimpi.Rasa mcm baru smlm trjadi..Menggigil 1 badan bila si kawan mengaku yg dia tgh bercinta dgn
lelaki yg sy cinta,tengah serius dan tgh plan nak
kahwin.terkedu.speechless.hanya mampu istighfar.Allah..Allah..sampainya hati
dowg buat sy mcm ni..apa salah saya?
Si kawan jawab “aku
sayang dia,kenapa aku nak lepaskan dia sbb kau..and dia pn sayang aku”
*sentap…air mata
mengalir laju….sy terus msj si dia,…dan jwpn dia buat hati yg dah sedia hancur
ni semakin lumat…2 patah perkataan yg bila sy ingat sampai ke hari ni sy rasa
nak langgar dia hidup2 kalo trserempak kt tgh jln*eventhough I don’t have driving license T_T
“so what?”mudah sgt
jwpn dia..
Mcm sy ni xde nilai
di mata dia..mcm apa yg sy beri,korbankan dan sume yg sy lakukan utk dia selama
ni x bermakna.Mcm sume yg kami lalui,susah senang pahit manis sepanjang tahun
lepas x berharga langsung.sungguh mudah dia membuang.sedangkan cinta n setia sy
hanya utk dia.sy xde kawan or rapat dgn lelaki lain.dalam hidup sy,hanya dia
satu2nya lelaki yg sy syg.sy sanggup lakukan apa sahaja,korbankan perasaan
sendiri demi dia.
Teringat janji dia pada saya bulan lepas..
“saya busy
skrg,tunggu saya stabil dulu then sy akan lamar awk”.sy faham situasi dia masa
tu dan x pernah pula sy mendesak dia.
Tapi akhirnya...
Dia memlih kawan baik
sy sendiri.kawan yg sy selalu brkongsi cerita,termasuk kisah cinta sy dgn si
dia.x sangka dlm diam dia menyimpan perasaan.But it takes two to tango.Bertepuk
sebelah tangan xkan berbunyi.I don’t know since when..bila ditanya..si kawan
jawab..”biarlah rahsia”.
Hancurnya hati ni
hanya Allah yg tahu.Maybe kalo dia terkantoi
ada hubungan dgn pempuan lain sakitnya x mcm ni.Tapi bila dgn sahabat
baik sendiri...sahabat yg sy sayang,yg dah bertahun kenal..sampainya hati dia..sampainya
hati kawan..T_T
Dalam kesedihan dan
kekecewaan yg teramat sgt sy cuba kuatkan semangat,mencari hikmah sume
ni,memujuk hati agar redha dan lepaskan dia dgn ikhlas.Surah Yassin yg dibaca
mlm tu dirasakan sgt lama utk dihabiskan.Dgn esakan dan tangisan roommate
sangka sy baru kehilangan org trsayang dan sedang hadiahkan yassin
utknya.Hakikatnya yassin itu utk diri
saya sendiri..jiwa sy seakan sudah mati brsama pengkhianatan mereka berdua:-(
1 malam x dapat
lelapkan mata,hanya air mata setia menemani sehingga subuh.persoalan,naluri2 sy
yg mengesyaki hubungan mereka selama ni,penipuan mereka berdua,marah mereka
pada sy bila sy bertanya,sumenya brlegar2 n trbayang2 di mata.saya kuatkan semangat
utk pergi kerja wlpn jalan mcm zombie.
Pada kwn ofis,sy
luahkan segalanya..dan drama air mata brterusan seharian di office.sambil wat
keje air mata boleh mengalir,sungguh sukar masa tu utk kawal perasaan.seharian
x dpt makan pape,hanya mampu minum air.ya,sy mmg lemah..sgt lemah.Bukan x
pernah putus cinta..tapi kali ni sakitnya x terperi.mcm ada pisau yg menikam
dada ni.sy bkn saje kehilangan org yg dciintai malah seorang sahabat juga.
Andai boleh sy undur
masa,sy x ingin kenal kedua2nya..sy x ingin mencintai H,x ingin menerima
pelawaan dia utk menonton wayang for the first time..masih ingat tarikh
24.11.2014 our first date,movie feveret sy The Hobbit dan movie2 yg seterusnya
selepas itu yg dah x terkira..
Tapi ini dinamakan
takdir.Allah Maha Mengetahui..Dia ingin berbicara dgn sy melalui ujian ini.Saya
tiada pilihan lain kecuali maafkan mereka,lepaskan dia dari hati sy,let go dan
move on for my own sake.Andai Allah x bagi sy kesedihan n kedukaan ini,nescaya
sy xkan sedar tiada yg mampu merawat luka kecuali DIa,Allah yg Satu..
To be continued…
Mastura,
19/3/15
No comments:
Post a Comment