Assalamualaikum..
Nak
bagitahu hari ni kita dapat gaji dan hari ni jugak kita cuti.Bos bagi kita cuti
sebab nak kasi chance utk kita shopping n habiskan duit gaji kt mall,ok tipu
hahaha.Saya rasa ramai org yg mcm sy,dapat jer gaji terus transfer sana sini,bayar
itu ini..Balance tu jela yg tinggal utk shopping pun sobs…tapi bersyukurla atas
rezeki yang Allah bagi.Memang tu duit hasil titik peluh kita tapi sumenya atas
izin Allah.Kalau Allah x redha dengan rezeki yg kita dapat xde ertinya
jugak..kan?
Bercakap pasal rezeki,pernah tak kita terfikir
yang rezeki kita belum tentu milik kita? Maksudnya apa yg didapati dari usaha
kita,terdapat padanya rezeki org lain.Contohnya,duit gaji yg kita dapat hari
ini sebahagiannya kita terus sedekahkan pada anak2 yatim.Baru kita tahu yang
dari gaji kita ada pula rezeki anak2 yatim.Jadi rezeki kita bukan semua milik
kita..ada orang yg lain yg berhak atas rezeki kita yg perlu kita kongsi.
Tapi
diri ni x selalunya dapat bersangka baik dgn peminta2 sedekah atau orang yg
datang ke meja masa kita makan untuk menjual tisu or datang meminta wang.Selalu
dlm kepala mesti fikir dowg sume ni mesti under sindiket..nak2 kalo makan kt kg
baru..ramainya lain mcm.hampir setiap org yg brlainan datang ke meja. But sometimes
ada gak terfikir mcm mana kalau mereka tu betul2 susah n perlukan bantuan.
Teringat kata2 ustaz Kazim Elias..”kalau kita tengok org miskin/susah,bukan org
tu yg di uji..kita sebenarnya yang di uji sama ada nak tolong atau tak”
Dan
tazkirah seorang ustaz kt radio ikim.fm dulu (x ingat nama dia) tapi isinya
still sy ingat sampai skrg sbb betul2 terkena kat diri ini.kata ustaz tu “kalau
niat dihati nak dermakan,dermakan saje. Islam melarang kita berprasangka.kalo
kita cakap..”x nak lah derma kat dia..entah2 sindiket,entah2 buat2 kudung,buta”.Tak
baik berprasangka,Islam melarang kita berprasangka. Kita xde bukti dia menipu
or sindiket jadi kita x blh tuduh seseorang begitu. Dan kalau lah betul orang
itu menipu atau tidak menggunakan duit yg kita bagi tu dgn sebaiknya, itu
antara dia dgn Allah swt. Antara kita dgn org tadi, kita ikhlas menderma dan
pahala menderma tadi akan sampai InshaaAllah asalkan kita ikhlas.”
Allah
pun dah berjanji dalam surah Al-An’am ayat 160 mengenai ganjaran pahala yg kita
dapat dari brsedekah..
“Sesiapa
berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda pahala amalannya, Dan sesiapa
berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak
dirugikan (dizalimi).”
Subhanallah..betapa
ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Sesungguhnya Allah tidak memungkiri
janji. Banyak kali “keajaiban” berlaku kt saya after bersedekah wlpn kadang2 hanya sekadar lintasan dlm hati or
niat utk bersedekah. Kisahnya semalam lepas balik keje saya singgah pasar malam plan
nak beli mangga muda utk buat sambal dekat sowg pak cik yg menjual sayur n ubi.
Sy selalu perhatikan pak cik tu,most of the time dia just duduk jer brsama
sayur2 kampung (pucuk ubi,kunyit,halia,terung pipit),ikan kering dan ubi. Tak
ramai org yg beli kt pak cik tu sebab kt sebelah dia ada org len yg jual sayur
yg lagi banyak n segar.Sedih jer tengok..:-(So hari tu sy plan nak beli mangga
2 biji jer,then baki duit yg saya bagi tu sy nak sedekahkan kat dia.
Belum
sempat sy pilih mangga yg sy nak..pak cik tu dah ambik beberapa mangga n
masukkan dlm plastic dan cakap “ambikla mangga ni,pak cik bagi free jer..esok2
x habis jual membazir pulak”.pastu dia ambik lagi 2 biji buah kuini yg masak n
still elok n masukkan dlm plastic tadi.saya tergamam.Hampir mengalir air mata
ini.Subhanallah..mulianya hati pak cik ni.Saya yg berniat nak sedekah dekat
dia,tapi dia yg terlebih dahulu sedekah kat saya..T_T
Dan teringat kembali ketika sy hampir tewas ketika diuji dengan cinta 2 bulan lepas (can read my
previous entries) sy betul2 down.Kadang2 tengah keje,tengah berjalan pun air
mata boleh mengalir bila teringat apa
yang terjadi. Sehinggalah 1 hari tu mcm ada suara or something I dont know how to explain,just something
like “gerak hati” yg suruh saya bersedekah dan terus bersedekah.Gembirakan hati
orang lain dan Allah akan gembirakan hati mu. Saya ikut kata hati
saya...untuk kesekian kalinya dlm hidup sy rasa tenang-setenangnya.Perasaan tu sukar untuk digambarkan dgn kata2.sy
dapat maafkan mereka dgn mudah n brlapang dada dgn apa yg dah terjadi. Saya
yakin,Allah mengirimkan pertolongan utk sy melalui org2 yg telah sy tolong.
Saya happy dengan memberi.Bukankah itu
juga satu kebahagiaan?
Jadi
apabila kita berasa susah hati,berasa sempit rezeki segera perluaskan dengan
memberi. Teruskan memberi,memberi dan memberi kerana segalanya pasti Allah
balas asalkan kita ikhlas..Janji Allah itu pasti...dan tidak akan jatuh miskin bagi seseorang yang suka memberi percayalah...
Semoga kita menjadi hambaNya sentiasa yang bersyukur dan suka bersedekah hari ini,esok dan selama-lamanya selagi kita bernyawa InshaaALLAH. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini..assalmualaikum
No comments:
Post a Comment