Monday, May 25, 2015

ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI


Assalamualaikum..

Nak bagitahu hari ni kita dapat gaji dan hari ni jugak kita cuti.Bos bagi kita cuti sebab nak kasi chance utk kita shopping n habiskan duit gaji kt mall,ok tipu hahaha.Saya rasa ramai org yg mcm sy,dapat jer gaji terus transfer sana sini,bayar itu ini..Balance tu jela yg tinggal utk shopping pun sobs…tapi bersyukurla atas rezeki yang Allah bagi.Memang tu duit hasil titik peluh kita tapi sumenya atas izin Allah.Kalau Allah x redha dengan rezeki yg kita dapat xde ertinya jugak..kan?

 Bercakap pasal rezeki,pernah tak kita terfikir yang rezeki kita belum tentu milik kita? Maksudnya apa yg didapati dari usaha kita,terdapat padanya rezeki org lain.Contohnya,duit gaji yg kita dapat hari ini sebahagiannya kita terus sedekahkan pada anak2 yatim.Baru kita tahu yang dari gaji kita ada pula rezeki anak2 yatim.Jadi rezeki kita bukan semua milik kita..ada orang yg lain yg berhak atas rezeki kita yg perlu kita kongsi.

Tapi diri ni x selalunya dapat bersangka baik dgn peminta2 sedekah atau orang yg datang ke meja masa kita makan untuk menjual tisu or datang meminta wang.Selalu dlm kepala mesti fikir dowg sume ni mesti under sindiket..nak2 kalo makan kt kg baru..ramainya lain mcm.hampir setiap org yg brlainan datang ke meja. But sometimes ada gak terfikir mcm mana kalau mereka tu betul2 susah n perlukan bantuan. Teringat kata2 ustaz Kazim Elias..”kalau kita tengok org miskin/susah,bukan org tu yg di uji..kita sebenarnya yang di uji sama ada nak tolong atau tak”

Dan tazkirah seorang ustaz kt radio ikim.fm dulu (x ingat nama dia) tapi isinya still sy ingat sampai skrg sbb betul2 terkena kat diri ini.kata ustaz tu “kalau niat dihati nak dermakan,dermakan saje. Islam melarang kita berprasangka.kalo kita cakap..”x nak lah derma kat dia..entah2 sindiket,entah2 buat2 kudung,buta”.Tak baik berprasangka,Islam melarang kita berprasangka. Kita xde bukti dia menipu or sindiket jadi kita x blh tuduh seseorang begitu. Dan kalau lah betul orang itu menipu atau tidak menggunakan duit yg kita bagi tu dgn sebaiknya, itu antara dia dgn Allah swt. Antara kita dgn org tadi, kita ikhlas menderma dan pahala menderma tadi akan sampai InshaaAllah asalkan kita ikhlas.”

Allah pun dah berjanji dalam surah Al-An’am ayat 160 mengenai ganjaran pahala yg kita dapat dari brsedekah..
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda pahala amalannya, Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dirugikan (dizalimi).” 

Subhanallah..betapa ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Banyak kali “keajaiban” berlaku kt saya after bersedekah  wlpn  kadang2 hanya sekadar lintasan dlm hati or niat utk bersedekah. Kisahnya semalam lepas balik keje saya singgah pasar malam plan nak beli mangga muda utk buat sambal dekat sowg pak cik yg menjual sayur n ubi. Sy selalu perhatikan pak cik tu,most of the time dia just duduk jer brsama sayur2 kampung (pucuk ubi,kunyit,halia,terung pipit),ikan kering dan ubi. Tak ramai org yg beli kt pak cik tu sebab kt sebelah dia ada org len yg jual sayur yg lagi banyak n segar.Sedih jer tengok..:-(So hari tu sy plan nak beli mangga 2 biji jer,then baki duit yg saya bagi tu sy nak sedekahkan kat dia.

Belum sempat sy pilih mangga yg sy nak..pak cik tu dah ambik beberapa mangga n masukkan dlm plastic dan cakap “ambikla mangga ni,pak cik bagi free jer..esok2 x habis jual membazir pulak”.pastu dia ambik lagi 2 biji buah kuini yg masak n still elok n masukkan dlm plastic tadi.saya tergamam.Hampir mengalir air mata ini.Subhanallah..mulianya hati pak cik ni.Saya yg berniat nak sedekah dekat dia,tapi dia yg terlebih dahulu sedekah kat saya..T_T

Dan teringat kembali ketika sy hampir tewas ketika diuji dengan cinta 2 bulan lepas (can read my previous entries) sy betul2 down.Kadang2 tengah keje,tengah berjalan pun air mata boleh mengalir  bila teringat apa yang terjadi. Sehinggalah 1 hari tu mcm ada suara or something  I dont know how to explain,just something like “gerak hati” yg suruh saya bersedekah dan terus bersedekah.Gembirakan hati orang lain dan Allah akan gembirakan hati mu. Saya ikut kata hati saya...untuk kesekian kalinya dlm hidup sy rasa tenang-setenangnya.Perasaan tu sukar untuk digambarkan dgn kata2.sy dapat maafkan mereka dgn mudah n brlapang dada dgn apa yg dah terjadi. Saya yakin,Allah mengirimkan pertolongan utk sy melalui org2 yg telah sy tolong. Saya  happy dengan memberi.Bukankah itu juga satu kebahagiaan?

Jadi apabila kita berasa susah hati,berasa sempit rezeki segera perluaskan dengan memberi. Teruskan memberi,memberi dan memberi kerana segalanya pasti Allah balas asalkan kita ikhlas..Janji Allah itu pasti...dan tidak akan jatuh miskin bagi seseorang yang suka memberi percayalah...


Semoga kita menjadi hambaNya sentiasa  yang bersyukur dan suka bersedekah hari ini,esok dan selama-lamanya selagi kita bernyawa InshaaALLAH. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini..assalmualaikum