Sunday, June 21, 2015

Don't Think Allah Favors You Over Someone Else..

Assalamualaikum and hi..

Hari ni 4th Ramadhan maksudnya dah 4 hari kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah swt utk bertemu dgn bulan yg mulia ini. Semoga Allah memberkati kita dan menerima amalan kita disepanjang bulan ini..mudah-mudahan.

Alhamdulillah sy masih berpuasa dan harap sgt dapat puasa penuh tahun ni (nothing impossible right..tehehe).wlpn sekarang tengah demam,bertahan juga la puasa dan x pergi klinik kalo x sure Doktor mintak nk masukkan air mcm puasa thn lepas,drama betul time tu haha.Sahur tadi just mkn kurma 3 biji,air masak and panadol.Nasib baik hari ni cuti so i just baring jela sepanjang hari.Harap2 esk dah ok dan blh pergi kerja (acah2 pekerja contoh).

Sebenarnya puasa ni sy dh brniat xnak spend masa byk sgt tengok handphone or online(tapi still x berjaya sobss),xnak upload pic makanan or even pic sendiri (alhamdulillah setakat ni berjaya). coz bulan ramadhan ni la bulan utk melatih diri,memperbaiki diri utk jadi  insan yg lebih baik lepas ni terutama slps ramadhan.

Hurm..actually sy masih terbayang2 incident dekat surau 1st ramadhan last week.Kasihan betul that girl..sblm ni x pernah nampak muka kat surau office tiba2 bln puasa ni nampak dia smyg tapi kena gelak dgn kawan dia haihh..sgt x matang.Then hari ni terbaca post ni yg kawan share kat ig


 i couldn't agree more..actually we have seen this a lot especially on social networks (and also secara 'live" like what i have mentioned above) where some people start to be sarcastic over those who suddenly turned to be very religious and pious during ramadhan. well..mmg patut la kan..dah syaitan sume dah diikat but the least is about respecting ramadhan itself.

"Alah...bulan puasa jer tu dia semayang,pakai tudung sume..lepas puasa ni tengok la macam mana..tudung pun ntah ke mana"

Dear, who are we to question other people's niat or their actions?atau kita mmg anda kepandaian untuk membaca hati orang?remember,Allah Maha Membolak-balikkan hati..dan hidayah Allah itu x mengira siapa..

Dan kalau sekalipun dia tiba2 "alim" just dlm bln puasa..biaq p kat depa la.Kita just doakan dia terus istiqomah with their "sudden alim" tu. Kita pun x kan taw if they are more sincere than us,much better than us during this ramadhan..we never know dear..we never know..

Jadi,x payah la kita sibuk duk persoalkan niat orang tu..niat orang ni.Bulan ni kita sepatutnya sibuk grab pahala sebanyak yg boleh..because the door of mercy is opened. Make a lot of duas and be happy for everyone!

assalamualaikum..


Friday, June 12, 2015

Checklist Ramadhan

Assalamualaikum and hye..

Pada saat entri ini ditulis..hanya berbaki 6 hari jer lagi untuk umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan RAMADHAN yang mulia (kenapa ayat mcm tulis esei spm ni?errkk).Maybe excited sgt nak puasa tahun ni.Semoga saya dipanjangkan umur,dipermudahkan segalanya untuk menjalani ibadah puasa dgn penuh(i wish) dan dapat manfaatkan sepenuhnya kemuliaan dan keberkatan bulan yg mulia ini untuk menjadi hambaNya yg lebih baik..amiin3x

Entah kenapa rasa sangat2 tak sabar nak menyambut ramadhan tahun ni..maybe sebab kecewa  puasa tahun lepas sangat2 ckit. Selain uzur,saya demam agak teruk sampai doktor nak masukkan air but i refused,siap cakap kt doktor sy nak balik minum air sendiri kt rumah (mmg la sgt2 degil). Bila ditambah2..hampir 2 minggu sy tinggal puasa maksudnya sy just puasa separuh bulan jer..huhuhu..sedih kot bila teringat.Terawih pun blh dibilang dgn jari,kalau berbuka puasa kt luar mmg goodbye la terawih tu...sobsss

Jadi tahun ni saya berazam nak jadikan puasa kali ni yg terbaik dari tahun2 sebelumnya especially last year. Kalau uzur pun sy kena lakukan ibadat lain like banyakkan berzikir,dengar bacaan al-Quran etc. So ni adlh some of my ramadhan checklist:

1. Khatam al-Quran.By hook or by crook mesti khatam. Ambil kira faktor period,jadi sy dh start dari sekarang.Hopefully sempat habis.

2.Tak nak tinggal terawih.Walau penat mcm mn sekalipun kena paksa diri.

3.Banyakkan bersedekah (ikhlaskan hati dgn x prasangka dgn peminta sedekah)

4.Nak lebih khusyuk dlm solat (tgh cuba hafal makna bacaan dlm solat)

5.kurangkan tidur banyakkan ibadat especially time cuti

6.Nak solat sunat sebanyak yg boleh

7.Nak jadi anak yg baik (setiap hari call mak n abah),kawan,ofismate,housemate,adik dan kakak yg baik.

8.Kurangkan bercakap benda yg kurang berfaedah or diam saje.

9.Kurangkan membazir time berbuka.Nak mkn nasi time sahur jer.Berbuka makan kurma, kuih2 dan lauk saje.

10.Kalau uzur nak isi masa dgn benda yg berfaedah contohnya baca buku.(kurangkan tidur)

11.Jaga mata,jaga hati,jaga pergaulan dgn lelaki.

12.Sebelum tidur,review checklist ni.

Semoga saya istiqomah dgn semua checklist ramadhan saya ni..semoga saya dan juga awak yang baca ni dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan yang akan datang ni untuk menjadi hamba  Dia yang lebih baik and may we do much better than past ramadhan(s)..ameenn





Thursday, June 4, 2015

What Got You Here Won't Get You There

Assalamualaikum and Hi..

Just a quick update coz im not in the mood tapi nak menulis jgk sbb tunggu nak bukak email ya ampunnn punya la dah sejam lebih i tunggu..asyik duk refresh2...tapi bukak blog laju jerr lahai stress mak..tssskkk...

Jadi mari la declare hari ni sebagai hari stress sedunia..coz dari pagi sampai ke mlm i stress sampai menangis2...i mmg sensitif tapi sebelum ni x pernah lagi la i menangis sbb kerja.paling tak pun membebel2 je..then cool balik.

Tapi hari ni mcm eh kenapa ni..kenapa ni...dari ofis lagi i tahan air mata cuba brlagak cool until i texted a friend and asked his shoulder to cry on LOL ntah pape la perangai sesuka hati jer  mintak bahu org.. nasib baik dia bagi bahu kalau dia bagi kaki?huhu..i tengah sedih+stress bila org tanya 'kenapa' terus brjuraian air mata sobss..

Actually i tidak la terlalu mencintai kerja ni sampai menangis mcm putus cinta bila stress. Tapi sbb i rasa i ni loser sgt..i x sepatuttnya berada kat sini..buat kerja yg bukan bidang i..kerja yg i x minat.This is my first job after graduate,actually belum grad pn time tu..x sampai sebulan habis belajar dpt offer i terus mcm ok la..keje jela dari x buat apa kt rmh. Lagipun lps grad i nak sambung master tapi kenapa kejap sgt masa brlalu..dah dekat 2 tahun i keje kt sini..2 TAHUN ok..bkn 2 bulan..goshhh..i ni mcm baru lepas kena tampar n trsedar  dari tidur yg lena...sobsss

Sebenarnya selama ni niat nak sambung study tu sentiasa ada cuma bila dh keje kan syok sgt kot ada gaji,duit sendiri so niat tu sentiasa trtangguh..sampai la skrg i betul2 nekad nak resign dan kejar balik cita2 i.I nak sambung master dlm bidang Psikology..itu yg sepatutnya i buat 2 tahun lepas huhu..Kalau tak skrg mesti i dah grad master dan tgh sambung PhD..tapi guna "kalau" tu gajah pun boleh terbang..haha

Harap2 masih belum terlewat untuk i start balik. Kata kawan i..maybe pengalaman yg i dapat sekarang dapat jadikan i lebih matang utk masa akan datang...i hope so..:-(
Tapi nak resign ni i nak keje apa sementara nak sambung master?

 i have 2 options: 1.I terima idea kwn i suh i berniaga puding jagung kt bazar ramadhan since i dh pandai buat puding jagung tsskkk( itu perli ke apa). and 
2.i balik kg goyang kaki tunggu org masuk meminang which is impossible lah. Sape la nak masuk meminangnya..boyfren pun xde sobss..

Apa pun perlu istikharah..minta petunjuk dari Allah. Kalau jalan ini yang terbaik untuk akhirat dan dunia i,semoga Allah permudahkan.aamiinn..













Monday, May 25, 2015

ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI


Assalamualaikum..

Nak bagitahu hari ni kita dapat gaji dan hari ni jugak kita cuti.Bos bagi kita cuti sebab nak kasi chance utk kita shopping n habiskan duit gaji kt mall,ok tipu hahaha.Saya rasa ramai org yg mcm sy,dapat jer gaji terus transfer sana sini,bayar itu ini..Balance tu jela yg tinggal utk shopping pun sobs…tapi bersyukurla atas rezeki yang Allah bagi.Memang tu duit hasil titik peluh kita tapi sumenya atas izin Allah.Kalau Allah x redha dengan rezeki yg kita dapat xde ertinya jugak..kan?

 Bercakap pasal rezeki,pernah tak kita terfikir yang rezeki kita belum tentu milik kita? Maksudnya apa yg didapati dari usaha kita,terdapat padanya rezeki org lain.Contohnya,duit gaji yg kita dapat hari ini sebahagiannya kita terus sedekahkan pada anak2 yatim.Baru kita tahu yang dari gaji kita ada pula rezeki anak2 yatim.Jadi rezeki kita bukan semua milik kita..ada orang yg lain yg berhak atas rezeki kita yg perlu kita kongsi.

Tapi diri ni x selalunya dapat bersangka baik dgn peminta2 sedekah atau orang yg datang ke meja masa kita makan untuk menjual tisu or datang meminta wang.Selalu dlm kepala mesti fikir dowg sume ni mesti under sindiket..nak2 kalo makan kt kg baru..ramainya lain mcm.hampir setiap org yg brlainan datang ke meja. But sometimes ada gak terfikir mcm mana kalau mereka tu betul2 susah n perlukan bantuan. Teringat kata2 ustaz Kazim Elias..”kalau kita tengok org miskin/susah,bukan org tu yg di uji..kita sebenarnya yang di uji sama ada nak tolong atau tak”

Dan tazkirah seorang ustaz kt radio ikim.fm dulu (x ingat nama dia) tapi isinya still sy ingat sampai skrg sbb betul2 terkena kat diri ini.kata ustaz tu “kalau niat dihati nak dermakan,dermakan saje. Islam melarang kita berprasangka.kalo kita cakap..”x nak lah derma kat dia..entah2 sindiket,entah2 buat2 kudung,buta”.Tak baik berprasangka,Islam melarang kita berprasangka. Kita xde bukti dia menipu or sindiket jadi kita x blh tuduh seseorang begitu. Dan kalau lah betul orang itu menipu atau tidak menggunakan duit yg kita bagi tu dgn sebaiknya, itu antara dia dgn Allah swt. Antara kita dgn org tadi, kita ikhlas menderma dan pahala menderma tadi akan sampai InshaaAllah asalkan kita ikhlas.”

Allah pun dah berjanji dalam surah Al-An’am ayat 160 mengenai ganjaran pahala yg kita dapat dari brsedekah..
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda pahala amalannya, Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dirugikan (dizalimi).” 

Subhanallah..betapa ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Banyak kali “keajaiban” berlaku kt saya after bersedekah  wlpn  kadang2 hanya sekadar lintasan dlm hati or niat utk bersedekah. Kisahnya semalam lepas balik keje saya singgah pasar malam plan nak beli mangga muda utk buat sambal dekat sowg pak cik yg menjual sayur n ubi. Sy selalu perhatikan pak cik tu,most of the time dia just duduk jer brsama sayur2 kampung (pucuk ubi,kunyit,halia,terung pipit),ikan kering dan ubi. Tak ramai org yg beli kt pak cik tu sebab kt sebelah dia ada org len yg jual sayur yg lagi banyak n segar.Sedih jer tengok..:-(So hari tu sy plan nak beli mangga 2 biji jer,then baki duit yg saya bagi tu sy nak sedekahkan kat dia.

Belum sempat sy pilih mangga yg sy nak..pak cik tu dah ambik beberapa mangga n masukkan dlm plastic dan cakap “ambikla mangga ni,pak cik bagi free jer..esok2 x habis jual membazir pulak”.pastu dia ambik lagi 2 biji buah kuini yg masak n still elok n masukkan dlm plastic tadi.saya tergamam.Hampir mengalir air mata ini.Subhanallah..mulianya hati pak cik ni.Saya yg berniat nak sedekah dekat dia,tapi dia yg terlebih dahulu sedekah kat saya..T_T

Dan teringat kembali ketika sy hampir tewas ketika diuji dengan cinta 2 bulan lepas (can read my previous entries) sy betul2 down.Kadang2 tengah keje,tengah berjalan pun air mata boleh mengalir  bila teringat apa yang terjadi. Sehinggalah 1 hari tu mcm ada suara or something  I dont know how to explain,just something like “gerak hati” yg suruh saya bersedekah dan terus bersedekah.Gembirakan hati orang lain dan Allah akan gembirakan hati mu. Saya ikut kata hati saya...untuk kesekian kalinya dlm hidup sy rasa tenang-setenangnya.Perasaan tu sukar untuk digambarkan dgn kata2.sy dapat maafkan mereka dgn mudah n brlapang dada dgn apa yg dah terjadi. Saya yakin,Allah mengirimkan pertolongan utk sy melalui org2 yg telah sy tolong. Saya  happy dengan memberi.Bukankah itu juga satu kebahagiaan?

Jadi apabila kita berasa susah hati,berasa sempit rezeki segera perluaskan dengan memberi. Teruskan memberi,memberi dan memberi kerana segalanya pasti Allah balas asalkan kita ikhlas..Janji Allah itu pasti...dan tidak akan jatuh miskin bagi seseorang yang suka memberi percayalah...


Semoga kita menjadi hambaNya sentiasa  yang bersyukur dan suka bersedekah hari ini,esok dan selama-lamanya selagi kita bernyawa InshaaALLAH. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini..assalmualaikum














Sunday, April 12, 2015

Bersyukur


Bismillahirrahmanirrahim

Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) pasti azab Ku sangat berat (Ibrahim 14:7)

Wallahi,syukur yg sebenar2 syukur itu tidak semudah seperti yg dilafazkan.Saat ditimpa ujian yg sgt berat mampukah kita ckp “Ya Allah,aku bersyukur dgn ujian yg Kau berikan ini” atau saat kita lihat org lain yg lebih dari kita dari segi harta dan kecantikan mampukah kita ckp “Ya Allah aku brsyukur dgn apa yang aku ada skrg”.Syukur  jika pernah dan selalu.

Sejujurnya, sy bila tgk org yg cantik2, bergaya,pakai kereta besar,rumah besar mesti trdetik dlm hati dan kdg2 trkeluar dari mulut “hurm untungnya dia, dah la cantik,pandai, kaya pulak tu..baik,mesti suami syg,mak mertua pn mesti syg,comel lesung pipit dia tu,kucing2 dia pn mesti comel mcm dia” overrr.

Ke-tidaksyukur-an ni kdg2 blh gk lead to buruk sangka..cthnya bila tengok pempuan muda,cantik bergaya naik Ferrari..”ni mesti ada ayah gula..”. Kalo lelaki  “entah2 jual dadah,lelaki zmn sekarang bkn blh percaya,sume x blh pakai..”*baru pas kena tinggal dgn pakwe..:-p

Se enak kita jer kan prasangka...ntah2 dia penat keje siang malam wat part time kumpul duit nak beli kereta tu,tak pun dia skor straight A dlm SPM dan mak dia rozita che two hadiahkan dia sebijik Porsche sbg hadiah.who knows…who knows.

Remember, Allah has always been so fair. Just because we see someone has something that we don’t, doesn’t mean he has a better life than us. Just because we see someone has a good way of life, doesn’t mean he doesn’t have any side or anything less than us. Sama jgk, kdg2 apa yg kita ada,dia xde..kdg2 apa yg dia nak sgt,tapi x dapat. Sedangkan kita xnak ,tapi sentiasa dapat. Tapi kita x sedar pun kan sbb asyik duk tengok apa yg kita xde.

Because having everything we want does not mean having everything we need or having same way of life with everyone does not necessarily lead us to the same kind of good life. It might be good to others, but not to us and vice versa. Bukan sume yg kita dapat buat kita jadi lebih baik. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita. Benda yg kita tgk cantik sgt kt orang tu blh jadi sgt buruk bila kt kita. Coz there’s always good and bad side in every single of us and always pros and crons in everything in this world.

So cherish what we have, InshaaAllah we will have enough..InshaaAllah Allah we will give us more. Remember, we can never be happy as long as we are not grateful because happiness is too subjective. We own it in different ways, with different tools at different times. But to feel it is to choose it,and to choose it to make the best of what we have. Get up and feel enough with our life.

There’s nothing to lose nothing to regret.When we sit down and realize there’s always a thing, a reason Allah has given us that worth our smile..


"But perhaps you hate a thing and it is good for you and perhaps you love a thing and it is bad for you.Allah know while you not know" (Quran 2:216)

Till then,thank you for reading this entry..;-)


Keep Walking

Every day I get closer to our Meeting,
I feel like I have been walking this path for a thousand years towards You,
And yet still i am not there..,
So close, and yet so far still.

But I keep walking,
Despite the tears,
Despite the winds,
Despite the skinned knees and broken bones,
Despite the bruises and scar that make this heart that what it is today,
I keep walking…toward You.
There’s only one direction,
One direction..toward You,from You, to You,
I have nothing else.
Nothing.
That is my poverty.

I keep walking
Because behind every sun’s setting is a rising,
Behind every storm is a Refuge,
Behind every fall is a rise,
Behind every tear is a cleansing of the eyes,
And in every spot I have ever been stabbed, is a healing,
And the creation of skin stronger that it was.

I keep walking
Because wallahi I have nothing but Your mercy
I have nothing but Your promise
Your words
Your promise
That:
“O mankind, indeed you are laboring toward your Lord with (great) exertion and will meet it.”
(Quran, 84;6)



-Reclaim your Heart

Saturday, March 21, 2015

STILLNESS

The sun is so beautiful in the early morning.It does something to the tree that u don't see any other time of the day.I thing we all want the same thing.A quiet peace.Maybe just even a single moment of it,to close our eyes and just be okay.

For even a single second,to not feel worried about something,sad about something.To not crave something we don't-or can't-have.Just to be there, okay. Still. Silent. On the side. Maybe that's what's 
so beautiful about the time of the day. The stillness.

And the hope that maybe this day will be different.

-Reclaim your Heart


Mastura,
22/3/15,8.30am

KENAPA DIA? SAHABAT BAIK SAYA SENDIRI (III)



Cakap dh redha dan ikhlas doakan kebahagiaan mereka berdua..tapi kenapa tulis kt blog sampai 3 entry?blog sy suka ati sy nak tulis  apa..aku yg tulis kau yg panas.pinjam kata2 cik ungu:

“Kadang2 aku tulis utk memberitahu,kadang2 aku tulis utk brkongsi,kdg2 aku tulis utk melepas rasa,kdg2 aku tulis utk org baca,tapi kdg2 aku tulis bukan utk org baca,mcm kali ni”

Ya,sy tulis kali ni sbb kalo2 satu hari nanti..kalo sy kecewa or sedih,sy akan ingat sy dah pernah sesedih dan kecewa mcm kali ni.kalau2 sy dikhianati lagi,sy akan ingat sy pernah dikhianati mcm kali ni,dan kalo2 sy sakit,sy akan ingat sy dah pernah se sakit ni.Jadi sy mmg sengaja tulis ni...dan ini KISAH sy.
  





Dan ini msj terakhir sy utk sahabat,dan sy benar2 ikhlas..sbnrnya x sangka dia akan msj selepas berlaku ‘perang’ antara kami bertiga,selepas sy dh kembali tenang,nak lupakan sume n doakan kebahagiaan mereka.Tapi sekali lagi sy tewas,kali ni bkn air mata kecewa tapi air mata kesedihan,bkn sbb cinta,tapi sbb prsahabatan.betapa sy sygkan friendship ni,rasa x berbaloi utk putuskn sebuah ikatan persahabtan yg dh 10 thn  sejak sekolah menengah (SMACH) hanya kerana cinta,yg sudah pasti bkn lagi milik saya .

Untuk S ,if terbaca ni..aku mintak maaf kalo ada kata2 yg wat mu sakit hati time aku marah ari tu,coz aku pn manusia biasa,aku bkn baik sgt nak nyanyi lagu kompang dipalu pengantin malu time mu ckp tgh plan nk kawin dgn dia.tapi aku x pernah benci mu pun.Sume aku dh lepaskn n x simpan dlm hati.simpan dlm kepala jah utk pengajaran di masa depan.I will pray for ur happiness with him..tapi kalo mu still kata  aku x ikhlas doakan kebahagiaan mu mcm sblm ni...suka hati mu lahh.


Untuk H,”Nevermind I’ll find someone BETTER than u,I wish nothing but the best for u too”-xoxo

KENAPA DIA? SAHABAT BAIK SAYA SENDIRI (II)



Namun sy harus bersyukur,di sebalik ujian ni selain Dia,Allah kurniakan sy family dan sahabat2 yg sentiasa ada disisi,x putus2 bagi sokongan,lakukan mcm2 utk happykan sy balik.Pinjamkan sy bahu,baik yg dekat n yg jauh beribu batu.Terima kasih sahabat..

Tapi sy hanya tunjuk tangisan sy di hadapan mereka hanya sehari,the next day I was pretend like nothing happened,I smiled and laugh wlpn dlm hati  hari2 selepas tu sampai skrg hanya ALLAH yg tahu perasaan ni.Segala kenangan,janji2 dia dan pengkhianatan mereka berdua selalu trbayang2 dlm ingatan mcm sebuah video.Masa tu jgk sy byk istighfar,ingat Allah,doa..doa..doa supaya Allah lapangkan dada ni n mohon diberi kekuatan utk lupakan sumenya.

Wlpn dh redha,tapi sy hanya manusia biasa.Syaitan sentiasa ada utk mencucuk jarum benci dan dendam.Nauzubillahiminzalik…something yg sy takut dan cuba sedaya upaya utk elak.sy xnak benci orang dan berdendam.kerana itu akan merosakkan hati sy sendiri.dan sy xnak benci org yg pernah sy syg sepenuh hati.Kerana dia insan yg pernah hadir bawa kebahagiaan dlm hidup sy.Sejujurnya walau lepas apa yg mereka lakukan,sy x pernah benci kedua2nya.lebih2 lagi sahabat sy sendiri.sy sayang kawan sy..T_T

Saya terima ini sebagai ujian dari Allah utk sy. Dah jodoh mereka,siapa la sy utk menidakkan takdir yg Allah tetapkan.pahit mcm mn pun kena telan,sbb sy yakin pasti ada hikmah yg Allah sembunyikan dulu.

“Ketika Allah rindu akan hambaNya,ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adlh ujian.Dalam hadith Kursi Allah berfirman..”Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.”(HR Thabrani dari Abu Umamah)

But nothing hurts more than being hurt by the person u never thought would hurt u..and the sweetnesss of this ‘test’is  found in remembering Allah..:-)
Hasbunallah wanikmal wakil,nikmal maula ,wa nikman nasir


To be continued..

KENAPA DIA? SAHABAT BAIK SAYA SENDIRI


 Assalamualaikum…

Ketika entry ini ditulis,peristiwa tu dh hampir 2 minggu berlalu dan sy masih lagi dlm proses utk menerima kenyataan dan move on.walaupun hati dh cakap redha,tapi bila terfikir still lagi rasa sakit tu.rasa mcm x percaya pun ada  benda ni blh jadi kat sy.sakitnya tuh di sini oh di dlm hatiku.sblm ni hanya tgk drama,baca novel dan dgr citer org lain jer.Backstabber...x pernah trlintas yg diri ni akan mnjadi mangsa apatah lagi dr kwn baik yg dh kwn hampir 10 thn since form 4.


Sumenya mcm mimpi…dan sy sgt brharap yg ia benar2 mimpi.Rasa mcm baru smlm trjadi..Menggigil 1 badan  bila si kawan mengaku yg dia tgh bercinta dgn lelaki yg sy cinta,tengah serius dan tgh plan nak kahwin.terkedu.speechless.hanya mampu istighfar.Allah..Allah..sampainya hati dowg buat sy mcm ni..apa salah saya?

Si kawan jawab “aku sayang dia,kenapa aku nak lepaskan dia sbb kau..and dia pn sayang aku”
*sentap…air mata mengalir laju….sy terus msj si dia,…dan jwpn dia buat hati yg dah sedia hancur ni semakin lumat…2 patah perkataan yg bila sy ingat sampai ke hari ni sy rasa nak langgar dia hidup2 kalo trserempak kt tgh jln*eventhough I don’t have  driving license T_T

“so what?”mudah sgt jwpn dia..

Mcm sy ni xde nilai di mata dia..mcm apa yg sy beri,korbankan dan sume yg sy lakukan utk dia selama ni x bermakna.Mcm sume yg kami lalui,susah senang pahit manis sepanjang tahun lepas x berharga langsung.sungguh mudah dia membuang.sedangkan cinta n setia sy hanya utk dia.sy xde kawan or rapat dgn lelaki lain.dalam hidup sy,hanya dia satu2nya lelaki yg sy syg.sy sanggup lakukan apa sahaja,korbankan perasaan sendiri demi dia.

Teringat janji dia pada saya bulan lepas..
“saya busy skrg,tunggu saya stabil dulu then sy akan lamar awk”.sy faham situasi dia masa tu dan x pernah pula sy mendesak dia.

Tapi akhirnya...
Dia memlih kawan baik sy sendiri.kawan yg sy selalu brkongsi cerita,termasuk kisah cinta sy dgn si dia.x sangka dlm diam dia menyimpan perasaan.But it takes two to tango.Bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi.I don’t know since when..bila ditanya..si kawan jawab..”biarlah rahsia”.

Hancurnya hati ni hanya Allah yg tahu.Maybe kalo dia terkantoi  ada hubungan dgn pempuan lain sakitnya x mcm ni.Tapi bila dgn sahabat baik sendiri...sahabat yg sy sayang,yg dah bertahun kenal..sampainya hati dia..sampainya hati kawan..T_T

Dalam kesedihan dan kekecewaan yg teramat sgt sy cuba kuatkan semangat,mencari hikmah sume ni,memujuk hati agar redha dan lepaskan dia dgn ikhlas.Surah Yassin yg dibaca mlm tu dirasakan sgt lama utk dihabiskan.Dgn esakan dan tangisan roommate sangka sy baru kehilangan org trsayang dan sedang hadiahkan yassin utknya.Hakikatnya yassin itu  utk diri saya sendiri..jiwa sy seakan sudah mati brsama pengkhianatan mereka berdua:-(

1 malam x dapat lelapkan mata,hanya air mata setia menemani sehingga subuh.persoalan,naluri2 sy yg mengesyaki hubungan mereka selama ni,penipuan mereka berdua,marah mereka pada sy bila sy bertanya,sumenya brlegar2 n trbayang2 di mata.saya kuatkan semangat utk pergi kerja wlpn jalan mcm zombie.

Pada kwn ofis,sy luahkan segalanya..dan drama air mata brterusan seharian di office.sambil wat keje air mata boleh mengalir,sungguh sukar masa tu utk kawal perasaan.seharian x dpt makan pape,hanya mampu minum air.ya,sy mmg lemah..sgt lemah.Bukan x pernah putus cinta..tapi kali ni sakitnya x terperi.mcm ada pisau yg menikam dada ni.sy bkn saje kehilangan org yg dciintai malah seorang sahabat juga.

Andai boleh sy undur masa,sy x ingin kenal kedua2nya..sy x ingin mencintai H,x ingin menerima pelawaan dia utk menonton wayang for the first time..masih ingat tarikh 24.11.2014 our first date,movie feveret sy The Hobbit dan movie2 yg seterusnya selepas itu yg dah x terkira..

Tapi ini dinamakan takdir.Allah Maha Mengetahui..Dia ingin berbicara dgn sy melalui ujian ini.Saya tiada pilihan lain kecuali maafkan mereka,lepaskan dia dari hati sy,let go dan move on for my own sake.Andai Allah x bagi sy kesedihan n kedukaan ini,nescaya sy xkan sedar tiada yg mampu merawat luka kecuali DIa,Allah yg Satu..

To be continued…

Mastura,

19/3/15